Sejarah
Ukiran-ukiran Babylon dari sekitar 600 SM memaparkan ayam sebagai makanan. Ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika Zaman Pertengahan. Ramai yang percaya bahawa daging ayam mudah dihadam dan dianggap antara barang makanan yang paling neutral. Daging ayam dimakan di seluruh hemisfera timur dan pelbagai jenis ayam seperti ayam kasi, ayam dara dan ayam betina menjadi sajian. Daging ayam menjadi salah satu ramuan asas dalam sajian yang bernama 'hidangan putih', iaitu gulai yang lazimnya terdiri daripada daging ayam dan bawang goreng yang dimasak dalam susu dan diperasakan rempah dan gula.
Penggunaan daging ayam di A.S. meningkat ketika Perang Dunia II akibat kekurangan daging lembu dan khinzir. Di Eropah, pemakanan daging ayam memintas pemakanan daging lembu dan anak lembu pada tahun 1996, mungkin berhubung kait dengan kesedaran pengguna mengenai penyakit lembu gila atau B.S.E.
Bagian yang boleh dimakan :
Biasanya, tisu otot (dada, kaki, paha, dsb.), hati, jantung, dan hempedal diproseskan menjadi makanan. Kaki ayam lebih jarang dimakan, meskipun tidak kurang terdapat dalam masakan Cina. Kepala, organ-organ dalaman seperti paru-paru dan usus, serta bulu pelepah biasanya dibuang atau dikisar menjadi makanan berprotein untuk dimasukkan dalam makanan haiwan lain, sementara masakan Cina adakalanya meletakkan ayam lengkap pada hidangan (termasuk kepala sekali), bergantung kepada hidangan itu. Organ-organ dalaman juga laris digunakan untuk yakitori.
Kepak ayam ialah penyajian bahagian sayap ayam. Kepak goreng bersalut sos juga dikenali sebagai Buffalo wings.
Telur ayam juga selalu dimakan dan telur-telur belum dikeluarkan oleh ayam-ayam yang disembelih juga boleh dimakan.
0 komentar:
Posting Komentar